Showing posts with label NAJIB. Show all posts
Showing posts with label NAJIB. Show all posts
BLOG TERCANTIK PILIHAN KAMI ADALAH BLOG CHINTA ABADI. BLOG INI MEMPUNYAI SUSUN ATUR YANG RINGKAS DAN MENARIK PERHATIAN PEMBACA. BLOG INI DIPILIH MENGIKUT KATERIA-KATERIA YANG TELAH DITETAPKAN OLEH BLOGGERS MALAYSIA. BLOG INI SANGAT MENARIK KERANA TIDAK PERLU MENUNGGU LAMA UNTUK UPLOADING, MEMPUNYAI JALAN CERITA DAN GAMBAR YANG MENARIK SERTA SANGAT KREATIF. TAHNIAH BUAT PEMENANG BLOG TAHUN INI. TAHNIAH..
TAHNIAH BUAT PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA KERANA TELAH MENJADI JUARA PIALA SUZUKI TAHUN 2010 MENEWASKAN INDONESIA DENGAN AGREGATE 4-2. WALAUPUN PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA KALAH DI BONG KARNO 2-1. APAPUN SAYA TETAP BANGGA DENGAN PASUKAN MALAYSIA KERANA TELAH MENCIPTA SEJARAH YANG SELAMA INI KITA NANTI-NANTIKAN PASUKAN MALAYSIA MENJADI JUARA DI ANTARA ASIA...
TAHNIAH !!! TAHNIAH !!!! TAHNIAH !!!
Ulu Chepor, Khamis : Aksi Panas ini berjaya dirakamkan ketika penulis asyik memerhatikan gelagat kanak-kanak sedang asyik bermain dengan air terjun. Ketika itu hujan turun renyai-renyai, pada masa itu air terjun mengalir dengan laju. Terlihat aksi panas seorang kanak-kanak yang bergitu comel membuat pelbagai aksi yang menarik perhatian penulis. Pada masa yang sama kanak-kanak itu membuat aksi-aksi seolah-olah telah biasa dengan semua itu. Aksi yang dilakonkan itu tak ubah seperti model-model yang sedang beraksi di pentas kemasyuran. Ia membuatkan penulis berasa sungguh asyik lantas menangkap beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan di Ulu Chepor.
Gambar-Gambar Aksi Panas Model Seperti DiBawah :
Gambar-Gambar Aksi Panas Model Seperti DiBawah :
'Najib bukti keupayaan sebagai pemimpin rakyat'
GEORGETOWN: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang genap setahun esok amat bermakna bagi Perdana Menteri yang berjaya menunjukkan keupayaannya sebagai pemimpin untuk semua.
Timbalan Perdana Menteri berkata, Najib mempunyai visi jelas memajukan Malaysia menjelang 2020 dan ia dibuktikan dengan pengenalan pelbagai insentif serta transformasi dalam kerajaan serta rakyat.
"Beliau menggunakan aspek paling penting, iaitu menyentuh perasaan rakyat dengan mengutamakan mereka. Kenyataan beliau yang zaman kerajaan tahu semua sudah berakhir membuktikan komitmennya. "Sebab itu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan menjadi kata kuncinya sejak menjadi Perdana Menteri," katanya ketika diminta mengulas pencapaian Najib yang memegang jawatan itu sejak 3 April tahun lalu.
Muhyiddin berkata, Najib memperkenalkan beberapa insentif, antaranya gagasan 1Malaysia bagi meningkatkan perpaduan dan pembangunan sosioekonomi tanpa mengira kaum yang jelas diterima rakyat.
“Perdana Menteri juga memperkenalkan Model Ekonomi Baru (MEB) yang prinsip pentingnya menjadikan rakyat Malaysia berpendapatan tinggi dan tidak terperangkap dalam pendapatan sederhana. MEB memberi ruang kepada semua pihak untuk terbabit tidak kaum, pengusaha sektor perdagangan dan badan bukan kerajaan (NGO)," katanya selepas merasmikan pecah tanah depot simpanan bitumen Innate Synergy Sdn Bhd (ISSB), di sini semalam.
Dalam ucapannya, Muhyiddin meminta bank perdagangan tidak terlalu menekan dan menyusahkan peniaga kecil serta usahawan yang ingin mendapatkan modal dengan mengenakan syarat yang ketat, sebaliknya memberi pertimbangan kepada usahawan tempatan layak serta berdaya saing terutama dalam menghadapi kegawatan ekonomi global.
"Syarat yang ketat menyebabkan banyak pinjaman tidak dapat diberikan dan akhirnya banyak syarikat kecil yang ingin membesarkan perniagaan terhalang," katanya.
Beliau juga meminta syarikat besar, terutama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terus membantu syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerusi pelbagai program pembangunan, aktiviti penggabungan, pemindahan teknologi dan pembangunan vendor.
Muhyiddin berkata, SME memerlukan sokongan dan bantuan GLC dan bank kerana keupayaan yang dimiliki usahawan itu adalah terhad untuk bersaing di peringkat global.










