This is BizOppersShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!
Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Kepada semua peminat-peminat muzik tanah air.. jangan lupa pada 25 March 2011 jam lebih kurang pukul 9.00 malam saksikanlah persembahan Wan Aznam dalam siaran langsung realiti TV " TIADA LAMA TIADA BARU " di TV1. Wan Aznam amat memerlukan undian daripada anda untuk peringkat akhir TLTB RTM 1. Jangan biarkan Wan Aznam tidak mendapat tempat di pertandingan tersebut, ingat undian anda amat bermakna !!!... Terima Kasih.


UNTUK UNDIAN TAIPKAN
TLTB WAN DAN HANTARKAN KE 32776
(undian dibuka mulai 25 Mac 2011 jam 9mlm dan ditutup pada 30 Mac 2011 jam 12mlm)

MARILAH KITA MENGUNDI UNTUK HARAPAN BANGSA DAN TANAH AIR

Ingat kah anda tentang karikatur yang menghina Rasulullah S.A.W dan agama ISLAM?

SUBHANA AALAH SEE WHAT HAPPENED TO ONE OF THE ROADS IN DENMARK ! 













Ingin aku ceritakan pada umum mengapa mereka berdua ini berada didalam artikel aku kali ini. Kadangkala memang sukar untuk aku menceritakan hakikat sebenar cerita kali ini. Kita bangga menjadi Kaya... tetapi kita lupa dimana kemiskinan kita... Kita suka menjadi orang yang berada tinggi dipuncak mahligai gading... tetapi kita lupa dimana kita akan kembali ketika kita sudah tidak bernyawa lagi... Kita pandai mencari teman hidup kita... tetapi kita lupa hidup kita untuk apa... Kita tahu kita mudah mencari kawan... tetapi kita lupa bagaimana mencari seorang sahabat sejati... Kali ini aku dah jumpa.. dan mungkin aku tidak akan lupa betapa hebatnya sahabat yang sentiasa berada dihatiku hingga akhir hayat. 
Ku Tujukan khas buat sahabatku dunia dan akhirat

SYED MAZRAN
&
ZANARIAH

 KHAS BUAT SAHABATKU
Pertama Sahabat Kanti
Kawan semangkuk sepiring makan
Kawan sebantal seketiduran
Kawan sebaya seperminan
Bagai kuku dengan daging
Bagai aur dengan tebing
Bagai ikan dengan air
Ke hulu sama ke hulu
Ke hilir sama ke hilir
Satu sakit dua terasa
Terbakar sama hangus
Terendam sama basah.
Luka tidak dipampas
Mati tidak diungkit
Sakit tidak disebut
Salah tidak ditimbang

Teknologi canggih di era Cyber ini telah banyak mengubah corak kehidupan kita jika dibandingkan dengan zaman di sekitar 1980 - 1990 an. Pada zaman tersebut, tiada internet dan kurangnya penggunaan komputer. Kebiasaannya selesai sahaja menunaikan solat asar atau magrib, aktiviti utama yang menyusul adalah membaca kitab suzi Al-Quran.

Namun, zaman telah berubah. Penggunaan internet dan komputer telah banyak mendominasi masa kita. Sehingga kita terleka dan tidak sempat untuk membaca Al-Quran. Hari demi hari, hati mulalah terasa gersang. Ketandusan baja iman.

Mujur kini terdapat sebuah syarikat Malaysia yang mengambil insiatif untuk memudahkan urusan pendekatan diri kita dengan ayat-ayat suci Al-Quran. Kunci utama di dalam memiliki hati dan kehidupan yang tenang.
Telefon Bimbit Al-Quran ini adalah sebuah telefon bimbit yang memiliki perisian Al-Quran Digital.
Keistimewaan Perisian Al-Quran Digital:
  • LENGKAP AL-QURAN 30 JUZUK
  • TERJEMAHAN DALAM BAHASA MALAYSIA & 20 BAHASA ANTARABANGSA
  • WAKTU SOLAT & ARAH KIBLAT
  • 99 NAMA ALLAH
  • 2 SIM KAD
  • 25 RINGTONES
  • BLUETOOTH, FM RADIO, MP3, MP4, E-BOOK
  • KAMERA 1.3 MEGAPIXELS
  • PERAKAM VIDEO DAN SUARA
  • JAMINAN 1 TAHUN
  • WARNA HITAM DAN PUTIH
  • 40 HADIS
SEKIRANYA ANDA BERMINAT SILA KLIK GAMBAR DIBAWAH UNTUK KETERANGAN LANJUT. JIKA ANDA INGINKAN ANDA BOLEH MEMBUAT TEMPAHAN ATAU BERKUNJUNG KE GERAI PAMERAN DI PUSAT MEMBELI BELAH GREENTOWN MALL, IPOH. ANDA BOLEH MEMBELI SECARA TUNAI ATAUPUN SECARA ANSURAN MENGIKUT KADAR DAN JENIS MODEL TELEFON YANG ANDA KEHENDAKI. TERIMA KASIH.

 


BLOG TERCANTIK PILIHAN KAMI ADALAH BLOG CHINTA ABADI. BLOG INI MEMPUNYAI SUSUN ATUR YANG RINGKAS DAN MENARIK PERHATIAN PEMBACA. BLOG INI DIPILIH MENGIKUT KATERIA-KATERIA YANG TELAH DITETAPKAN OLEH BLOGGERS MALAYSIA. BLOG INI SANGAT MENARIK KERANA TIDAK PERLU MENUNGGU LAMA UNTUK UPLOADING, MEMPUNYAI JALAN CERITA DAN GAMBAR YANG MENARIK SERTA SANGAT KREATIF. TAHNIAH BUAT PEMENANG BLOG TAHUN INI. TAHNIAH..



Kasihnya Laila Blog

BLOG TERCANTIK PILIHAN KAMI ADALAH BLOG KASIHNYA LAILA. BLOG INI MEMPUNYAI SUSUN ATUR YANG RINGKAS DAN MENARIK PERHATIAN PEMBACA. BLOG INI DIPILIH MENGIKUT KATERIA-KATERIA YANG TELAH DITETAPKAN OLEH BLOGGERS MALAYSIA. BLOG INI SANGAT MENARIK KERANA TIDAK PERLU MENUNGGU LAMA UNTUK UPLOADING, MEMPUNYAI JALAN CERITA DAN GAMBAR YANG MENARIK SERTA SANGAT KREATIF. TAHNIAH BUAT PEMENANG BLOG TAHUN INI. TAHNIAH..

FACEBOOK TIDAK DITUTUP ~ Putera30 PhotoGrapher And Designer



FACEBOOK !! NEVER CLOSE !

Adakah ini perkara yang sebenarnya ? Jika benar kita tunggu je tarikh keramat yang akan diumumkan oleh penaung besar Facebook " Mark Zuckerberg " . Jika benar ia ditutup marilah sama-sama kita save semua perkara yang kita simpan di Facebook. Jika tidak kita akan menyesal kerana tidak lagi berpeluang melihat entri popular serta gambar kenangan yang kita miliki. Jika ia hanya ura-ura mencari publisiti kita patut berseronok kerana masih berpeluang mencari teman-teman yang telah lama kita berpisah. Banyaklah lagi entri yang bakal kita ceritakan serta menikmati gambar-gambar yang penuh bermakna.

Coretan mengenai Facebook yang bakal ditutup atau tidak semuanya disini :


ADAKALANYA IA BENAR DAN ADAKALANYA IA HANYA GOSIP PANAS. Jika sudah tersurat ia ditutup, kepada pakar-pakar laman web malaysia. Binalah laman web Facebook Malaysia sendiri. Kita masih berpeluang!!!

Sekian Terima Kasih.


Slot adamaya kehilangan satu lagi pelakon hebat yang senantiasa mudah didampingi Faizal Yusup atau lebih dikenali sebagai Dani.. Beliau disahkan meninggal dunia pada 01.01.2011 di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) jam lebih kurang pukul 1.45 ptg. Penerbit filem merasakan kehilangan besar seorang aktor yang serbaboleh.. Al- Fatihah buat beliau.. Amin

berita penuh :


KUALA LUMPUR: Pelakon Mohd Faizal Yusup, 33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) di sini, Sabtu, kira-kira pukul 1.45 petang akibat serangan jantung. Menurut abangnya, Shaiful Yusup, 35, Allahyarham rebah ketika berada di bilik air rumahnya di Sentul. Akibat kejadian itu, Shaiful dan isteri Mohd Faizal iaitu Rosmunira Rashid, 27, membawa Faizal ke Pusrawi untuk mendapatkan rawatan kira-kira pukul 10 pagi.
"Ketika di hospital, Faizal mengadu dadanya sakit dan berusaha untuk bangun sendiri tetapi saya halang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusrawi di sini, Sabtu. Tambah Shaiful, ketika di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung apabila salah satu saluran pada jantungnya tersumbat.
Bagaimanapun, keadaannya menjadi semakin kritikal sehinggalah dia disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas dimasukkan ke hospital. Sementara itu, bekas isterinya, penyanyi Siti Nordiana atau Nana, 25, yang ditemui berkata Faizal ada menghubunginya beberapa hari lalu untuk bercakap dengan anak mereka, Muhammad Rayyan Nakhaie, 2, tetapi anaknya tiada bersama Nana pada ketika itu.
Bagaimanapun, pada petang Sabtu, Nana mendapat panggilan telefon mengatakan Faizal dimasukkan ke hospital dan dia mahu melihat anaknya.Berikutan itu, Nana sempat membawa Muhammad Rayyan ke hospital dan Faizal sempat berjumpa dengan anaknya itu.
Selepas berpisah dengan Nana, Faizal mendirkan rumahtangga dengan Rosmunira yang kini mengandung lima bulan pada awal tahun lalu.Turut kelihatan menziarahi Allahyarham di hopsital, pelakon Amyza Aznan, Zulkifli Ariffin, Pierre Andre, Sharifah Amani, Dira Abu Zahar, Liyana Jasmay dan Tania Hudson.
Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Sentul, Sabtu dan dijadualkan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves, Selangor kira-kira pukul 10 pagi Ahad.
Kredit penuh untuk  Mstar Online..


TAHNIAH BUAT PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA KERANA TELAH MENJADI JUARA PIALA SUZUKI TAHUN 2010 MENEWASKAN INDONESIA DENGAN AGREGATE 4-2. WALAUPUN PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA KALAH DI BONG KARNO 2-1. APAPUN SAYA TETAP BANGGA DENGAN PASUKAN MALAYSIA KERANA TELAH MENCIPTA SEJARAH YANG SELAMA INI KITA NANTI-NANTIKAN PASUKAN MALAYSIA MENJADI JUARA DI ANTARA ASIA...




TAHNIAH !!! TAHNIAH !!!! TAHNIAH !!!

New Zealand here I come! Awesome adventure awaits! Book your tickets now starting from RM199!


Social Sharing RM 1,400.00 left to be rewarded
RM 0.20 per unique click

AirAsiaX New Zealand

Planning your holidays ahead? Starting from only RM199, AirAsiaX is now offering direct flights to Chirstchurch New Zealand! Hurry! Share this exciting adventure!

Gambar2 dibawah ini menunjukkan betapa kelakarnya anak aku. mula2 aku tengok dia asyik bermain dengan buku ABC dia.. aku pun biarkanlah aje dia memerhati buku untuk sesi pembelajaran dia. Apabila aku asyik bermain dengan FACEBOOK aku pun toleh memerhati gelagatnya. aku heran kenapalah dia duduk tertiarap diatas simen yang tak berlapik tu.. rupa-rupanya.. dia TIDURRRRRRRRRRRRRRRRRRR !!!! kuang kuang kuang

10/11/2010
aku ingat dia buat aper lah time ne,,,,,next pic seterusnya,,,,


10/11/2010
kuang3.....tidur sudah walahal baru jew aku tengok dia duk main2 dengan buku yang d koyak kan nya tu,,,,


10/11/2010
aku apew lagi ambik loo gambonya,,,huuuhuh,,,,,baru aku angkat dia huhuhuhuuh,,,,,nasib lah icha oooooiiiii...

TAMBUN, Khamis 18 November 2010 - Balai Polis Tambun, Ipoh, Perak telah dikunjungi oleh BAKA PDRM bagi meneruskan aktiviti kaunseling secara berkelompok. Semua anggota daripada Balai Polis Tambun telah hadir bagi menjayakan aktiviti/program kaunseling ini. Pegawai Psikologi Puan Nurul Wahyuni Kerk Shiau Phin ( KB. PA ) dari Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Ibupejabat Polis Daerah Ipoh telah hadir memberikan taklimat serta penerangan mengenai tujuan kehadiran beliau ke Balai Polis Tambun dan seterusnya memberikan sedikit kaunseling mengenai kerjaya, kewangan, keluarga serta modal insan. Ini menunjukkan bahawa unit ini sangat penting bagi membina semula semangat serta etika anggota untuk memperjuangkan diri didalam kerjaya sebagai seorang anggota polis. Bagi pihak Balai Polis Tambun, diucapkan ribuan terima kasih diatas kunjungan yang bermanafaat ini. Semoga diperbanyakkan lagi aktiviti seperti ini di Balai Polis Tambun. Sekian Terima Kasih... Salam 1 Malaysia.


Untuk Lihat Lebih Banyak Gambar Klik Disini

TAMBUN, Rabu 17 November 2010 - Tumbangnya seekor lembu sumbangan daripada Dato' Rusnah Kassim ( Adun Ulu Kinta ). Majlis korban ini berjalan dengan lancar bermula jam 10.00pagi setelah selesai solat aidiladha di Masjid Tambun, Ipoh, Perak. Turut hadir menjayakan majlis korban ini adalah Ketua Polis Balai Tambun, Ketua Polis Balai Tanjung Rambutan, Ketua Polis Balai Tanah Hitam dan anggota serta kakitangan awam. 


Setelah selesai melapah dan membahagikan daging korban, semua jemputan dihidangkan dengan pelbagai juadah diantaranya SUP TULANG, Nasi Himpit, Rendang serta pelbagai lagi. Semangat kerjasama yang ditunjukkan dikalangan anggota membuatkan majlis ini bertambah meriah. Bagi pihak Balai Polis Tambun, sekalung perhargaan dan ucapan terima kasih buat semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung menjayakan majlis ini.


UNTUK MELIHAT LEBIH BANYAK GAMBAR KLIK 

Sekian Terima Kasih,
Salam 1 Malaysia 

MAJLIS PENYERAHAN LEMBU KORBAN - BALAI POLIS TAMBUN

TAMBUN, Isnin 15 November 2010 - Hari ini Balai Polis Tambun, Ipoh, Perak telah melakar sejarah tersendiri kerana buat kali pertama dalam sejarah menerima (1) ekor lembu untuk di korbankan pada Hari Raya Aidiladha nanti. Majlis penyerahan lembu korban tersebut telah di sempurnakan sendiri oleh Dato' Rusnah Kassim ( Adun Ulu Kinta ). Turut menjayakan majlis tersebut adalah SM Hamdan ( OCS Balai Tambun ), SI Kamaruddin ( OCS Balai Tanjung Rambutan ) dan OCS Tanah Hitam. Ucapan setinggi-tinggi perhargaan buat Dato' Rusnah Kassim kerana sudi menyumbangkan lembu korban serta menyermpurnakan majlis tersebut, bagi mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung juga diucapkan ribuan terima kasih kerana bersama-sama memeriahkan majlis tersebut.



UNTUK MELIHAT LEBIH BANYAK GAMBAR MAJLIS SILA


SEKIAN TERIMA KASIH.

Dibawah ini menunjukkan pelbagai hasil menarik yang telah di lakukan oleh ARIENA CROCHET. Segala tempahan telah dilaksanakan dengan baik dan segera. Bagi mereka yang meminati hasil kaitan Ariena, anda boleh menghubungi kami dengan kadar segera. Segala komen atau cadangan anda boleh menghubungi kami melalui talian telefon atau alamat email kami iaitu : ariena_30@yahoo.com atau terus ke blog kami : Ariena Crochet. Segala informasi anda akan memberikan kami mutu perkhidmatan yang terbaik.

TERIMA KASIH









Dibawah ini menunjukkan seni kait ariena moden iaitu Bingo Beg atau lebih dikenali sebagai beg pelbagai guna. Bagi mereka yang meminati hasil kait moden inilah peluang untuk memiliki beg ini kerana ia lebih mudah serta tidak memerlukan ruang yang besar untuk membuat persiapan. Beg ini mampu mengisi pelbagai jenis alatan anak anda, diantaranya botol susu, bedak, minyak angin, minyak yu yie cap limau, minyak cap kapak, minyak baby johson atau sebagainya. Beg Bingo ini yang sungguh cantik dan menarik. Cepat selagi stok masih ada...








Harga : RM 179.00 Shj
KINI HANYA RM 100 SHJ
| Promosi Sah Sehingga Bulan Jan 2011 |

* Harga tertakluk kepada saiz dan pilihan warna dan corak pada Beg Bingo tersebut.

Dibawah ini menunjukkan seni kait ariena moden iaitu Topi Ala Carte. Topi Ala Carte ini yang sungguh cantik dan menarik. Ia boleh disulam dengan pelbagai cara serta kaedah bagi menarikkan lagi topi tersebut. Cepat selagi stok masih ada..!!!







Harga : RM 47.50 Shj
KINI HANYA RM 35 SHJ
| Promosi Sah Sehingga Bulan Jan 2011 |

* Harga tertakluk kepada saiz dan pilihan warna dan corak pada topi tersebut.


Karnival Jalur Lebar 1Malaysia 
anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan (KPKK)

Jom meriahkan Karnival Jalur Lebar 1Malaysia dengan pelbagai aktiviti menarik yang menanti anda! TM, sebagai Pembekal Rasmi Perkhidmatan Jalur Lebar akan turut mengadakan promosi pakej jalur lebar yang menarik di karnival ini. Sila rujuk jadual berikut untuk lokasi karnival dan layari www.broadband.my untuk makluman lanjut:-

Tarikh
Lokasi
Masa
6 - 7 November 2010
Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah
10 pagi -
7 petang
12 - 13 November 2010
Pulau Warisan, Kuala Terengganu, Terengganu






1Malaysia
Broadband Carnival organized by Ministry of Information
  Communication & Culture (KPKK)

Join the fun! 1Malaysia Broadband Carnival will be coming your way with loads of exciting activities. TM, as the Official Broadband Provider will also be promoting attractive broadband packages at the carnival. Check out the location and log on to www.broadband.my for more info:-


Date
Location
Time
6 - 7 November 2010
Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah
10 a.m. - 7 p.m    
12 - 13 November 2010
Pulau Warisan, Kuala Terengganu, Terengganu

Dibawah ini menunjukkan seni kait ariena moden iaitu uncang pelbagai guna atau uncang syiling. Bagi mereka yang meminati hasil kait moden inilah peluang untuk memiliki uncang yang sungguh cantik dan menarik. Cepat selagi stok masih ada...



Harga : RM 30 Shj
KINI HANYA RM 15 SHJ
| Promosi Sah Sehingga Bulan Jan 2011 |

* Harga tertakluk kepada saiz dan pilihan warna dan corak pada uncang tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark

Putera30 PhotoGrapher And Designer

Download Ngage Games And Software

Vote For Your Interesting Internet

| Hasil Seni Kait Ariena |

Galeri PDRM

Belaian Jiwa Karaoke Corner

PERTUBUHAN BADAN BANGSAWAN SERI PERAK DARUL RIDZUAN

Ema Ixora Beauty Spa & Slimming Centre

LYIANAZ BRIDAL